November 25, 2017

33rd IIUM CONVOCATION


Assalamualaikum.


Lamaaaanya tak datang sini. Jenguk pun tidak! Last update bulan 8 2016. Ni dah bulan 11 2017 dah. Hmm, dimanakah semangat nak update sepanjang masa dulu Farhana oii? Kahhh. Sembang teruk.

Merujuk kepada tajuk diatas, aku nak ucap tahniah untuk diri sendiri sebab segala drama air mata, drama kemalasan,  drama "cepatlah habis study niii" dan segala jenis drama tamat juga akhirnya. Alhamdulillah!



Akhirnyaaa



Terus terang aku cakap, bila pegang fail 4 segi hijau tu (baca: scroll) dia rasa "Ya Allah, leganya!" . Macam tak percaya pun ada. Bayangkan la, nak habiskan pengajian dekat UIAM ni bukan 1 benda yang senang untuk seorang Farhana. Gaduh dengan member, down sebab putus cinta, asyik repeat paper tak sudah sampai kena extend. Kahkah. Tipu kalau aku cakap aku tak pernah rasa give up. Rasa nak berhenti pun ada oii. Lagi-lagi bila adik kau sendiri yang masuk USIM 1 sem lambat dari kau tapi dia konvo dulu dan dia dapat kerja dulu, dapat bagi duit kat ayah umi. Rasa macam loser gila nak mati kot! Patutnya kau yang ada kat tempat dia. Tak layak kau jadi kakak macam tu. Tak guna.

Tapi bila fikir balik, umi ayah dah support aku banyak gila kot. Semangat, duit apatah lagi. Aku buat kira-kira yuran je dah 12ribu lebih. Tu baru yuran gais. Belum lagi saman sebab hilang kunci, takde sticker, balik mahallah lebih pukul 12 malam. Haha. So, kalau aku berhenti aku nak jadi apa? Macamana aku nak bayar balik semua tu? Haa, nampak? So aku decide untuk teruskan je. Alang-alang dah mulakan, baik habiskan je, ye tak? 

Finally, habis jugak kan? Haha. Bila kenang balik apa yang aku lalui selama jadi student UIAM ni, memang boleh tergelak sendiri. Macam-macam yang aku belajar dekat sini. Yes, macam-macam. Kalau korang yang blogwalking tu dapat tawaran masuk UIA Gombak then terjumpa blog ni, aku wish all the best! Tak semua tempat tu perfect, so kau redah je. Nanti tempat ni jugak yang kau akan rindu macam aku sekarang ni. Baru habis study 6 bulan to be exact, dah rindu nak belajar balik. Serius.

Trust me, belajar lagi senang dari cari kerja. So, doakan aku dapat kerja cepat. Penat dah jadi gemuk ni.

Sekian.